Valve tawarkan Arcana percuma kepada semua orang!

Valve menambahkan kehangatan pertandingan antarabangsa The International Dota 2 dengan menawarkan hadiah lumayan kepada pemain Dota 2 di seluruh dunia.

Anda akan menerima 30 hari Dota Plus secara percuma. Dota Plus akan memberikan anda peluang untuk melakukan quest bersama rakan-rakan serta mendapatkan hadiah dari hasil achievement yang anda dapat.

Battle Pass mungkin terlalu mahal untuk sesetengah orang terutamanya golongan belia yang baru sahaja mencuba permainan video Dota 2 ini. Battle Pass yang diberikan secara percuma pasti akan dapat membantu golongan ini untuk merasai kehangatan Battle Pass itu sendiri.

Arcana percuma untuk semua orang! Siapa sangka Valve akan menawarkan hadiah sebegini kepada pemain Dota 2 di seluruh dunia. Anda akan dapat memilih mana-mana Arcana yang ditawarkan di dalam store secara percuma.

Namun begitu, Arcana seperti Windranger, IO, Earthshaker, Queen of Pain, Wraith King, Faceless Void dan Spectre yang ditawarkan secara ekslusif melalui pembelian Battle Pass terdahulu tidak termasuk di dalam senarai hadiah.

Jadi apa anda tunggu lagi? Sudahkan anda mendapatkan hadiah yang hebat ini di dalam permainan video Dota 2? Anda hanya perlu bermain sebanyak 10 perlawanan untuk mendapatkan semua hadiah ini.

Foto: AfkGaming, SamSmzo

RELATED NEWS

+