VCT: Riot umum format dan jadual bagi APAC Last Chance Qualifier

Dengan berakhirnya VCT Masters Berlin baru-baru ini, tidak bermakna pasukan yang tidak berkelayakan ke Champions perlu ‘pulang’ tanpa bertanding lagi. Masih ada satu lagi peluang untuk mereka mengumpul mata Circuit adalah melalui Last Chance Qualifier di zon masing-masing.

Bagi zon Asia Pasifik, APAC Last Chance Qualifier akan berlangsung pada 11 hingga 17 Oktober ini dengan wakil-wakil pasukan dari lima sub-zon daripada Asia Pasifik iaitu Asia Tenggara, China, Korea, Jepun dan Asia Selatan.

Bagi APAC LCQ kali ini,  10 slot pasukan daripada 5 sub-zon ini yang akan diperuntukan, iaitu:

Asia Tenggara – 3
China – 2
Korea – 2
Jepun – 2
Asia Selatan – 1

Slot ini akan diisi oleh pasukan yang memiliki mata Circuit yang tertinggi bagi setiap sub-zon yang masih belum layak untuk acara VCT Champions. 

Bagi Asia Tenggara, melalui mata Circuit terkumpul, pasukan X10 Esports, Team Secret (sebelum ini BREN Esports) dan Paper Rex bakal mengisi slot ini. Di mana, pasukan X10 Esports sudah berjaya mengumpul 295 mata. Manakala, Team Secret dan Paper Rex masing-masing mengumpul 225 mata. 

Pasukan terbaik daripada daripada sub-zon ini akan terus diletakkan di pusingan kedua. Hal ini untuk mengelakkan pasukan daripada Asia Tenggara untuk bertemu sesama sendiri pada pusingan pertama. 

Mereka akan ditentukan melalui penentuan tiga terbaik (BO3) dengan dua penyingkiran sepanjang bracket ini. Perlawanan ini akan berlangsung bermula 11 Oktober hingga 16 Oktober ini. 

Manakala, bagi pusingan Grand Finals, dua pasukan akan yang bertanding akan ditentukan dengan perlawanan lima terbaik (BO5) pada 17 Oktober ini. 

Pemenang kejohanan ini akan layak untuk bersaing dan akan mewakili zon mereka di kejohanan dunia VALORANT Champions tahun ini, yang merupakan kejohanan pertama VALORANT. 

Kejohanan APAC VCT Last Chance Qualifier ini akan diadakan secara atas talian, berikutan sekatan perjalanan yang semakin diperketatkan di antara negara Asia Pasifik. 

Bagi anda yang ingin menonton, perlawanan akan disiarkan secara langsung di Twitch VALORANT bermula Isnin, 11 Oktober pada pukul 3.00 pm waktu Malaysia bagi perlawanan awal.

Manakala, bagi pusingan separuh akhir dan akhir, perlawanan akan mula disiarkan pada pukul 5.00 pm waktu Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan perincian perlawanan, sila layari laman VALORANTesports.com.

Sumber: PlayVALORANT SG

RELATED NEWS

+