Video nyahkotak PS5 telah mula dimuat naik

Nampaknya sekatan untuk muat naik video dan penulisan tentang aktiviti nyahkotak PlayStation 5 (PS5) telah ditamatkan semalam. Ini memberi peluang kepada kita semua untuk melihat pendapat-pendapat daripada beberapa pempengaruh dan syarikat media yang menerima unit ulasan konsol tersebut.

Jom kita tonton video-video yang telah dimuat naik oleh syarikat media permainan video terkenal seperti IGN, Gamespot, dan Game Informer. Jika anda lebih berminat dengan pendapat-pendapat daripada pempengaruh teknologi, anda boleh menonton video daripada MKBHD dan Brian Tong.

Penulis yakin anda semua mesti tidak sabar juga untuk mendapatkan PS5 anda sendiri. Jangan risau, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sehingga hari pelancaran konsol tersebut.

PS5 akan tiba di Malaysia pada 19 November tahun ini.

Foto: MKBHD

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+