Vokey capai 1 juta pengikut di Facebook Gaming

Streamer tempatan yang juga pemain profesional PUBG Mobile, Imran Rosli atau Vokey baru-baru ini mencipta kejayaan tersendiri selepas meraih satu juga pengikut di Facebook.

Pemain RSG MY yang akan bermain di liga profesional (PMPL SEA Finals) itu memuat naik satu video ucapan terima kasih kepada peminat menjadikan ia satu kenyataan.

Vokey bukanlah wajah baharu dalam industri. Beliau sudah mempunyai banyak video penstriman langsung PUBG Mobile dan rata-ranya mencapai lebih dua ribu tontonan serentak.

Pemain ini juga terkenal di Tiktok, kadangkala menghiburkan peminat menerusi video disunting di platform berkenaan.

RELATED NEWS

+