Wakil skuad MLBB wanita Malaysia, Rose Ophelia, akan lawan Thailand petang ini

Wakil skuad Mobile Legends wanita Malaysia, Rose Ophelia akan lawan pasukan Thailand, IDNS pada jam 4 petang ini dalam kejohanan UniPin Ladies Series SEA Invitational.

Di peringkat kumpulan, Rose bagaimanapun menghadapi kesukaran mengejar ranking teratas dan hanya memperoleh dua kemenangan dan enam kekalahan di kumpulan B. Belletron Era menduduki tempat pertama tanpa kekalahan.

Di kumpulan A, EVOS Lynx di tangga pertama dengan enam mata.

Kejohanan ini dianjurkan khas untuk pasukan MLBB wanita bertanding merebut hadiah terkumpul RM29.4 ribu. Ia disertai oleh pasukan dari enam negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Myanmar.

Ia dilangsungkan dari 15 November hingga 20 November ini.

Siaran langsung boleh ditonton di aplikasi mudah alih, NiMO TV

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+