Walaupun ‘coaching’ dari hospital, Mushi berjaya bawa Boom Esports ke kedudukan pertama

BOOM Esports adalah pasukan Dota 2 dari Asia Tenggara yang kini sedang meningkat naik malah menjadi salah satu pasukan yang digeruni.

Pasukan ini menunjukkan prestasi terbaik di kejohanan Gamers Galaxy Invitational Dubai.

Mereka kini berada di kedudukan pertama dalam kumpulan B mendahului OG dan Team Secret

Mereka juga sudah mengalahkan OG 1-0 dan Team Secret 1-0. Pasukan OG juga ada mengeluarkan meme mengenai hal ini.

Tidak mengejutkan juga kerana pasukan ini mendapat khidmat jurulatih dari pemain lagenda Dota 2 dari Malaysia iaitu Chai Yee Fung (Mushi).

@mygameondotmy Pengulas terkejut Mushi jadi jurulatih BOOM Esports #dota2 #fyp #kakigaming #tiktokmalaysia ♬ Sport Trap Background(781699) – TimTaj

Mushi baru-baru ini juga masih berada di hospital dan memberikan khidmat jurulatih dalam talian.

Sheever yang menjadi hos untuk Galaxy Gamers Invitational juga terkejut apabila mendapat tahu Mushi yang menjadi jurulatih.

Mushi juga bakal pergi ke Manila, Filipina selepas Gamers Galaxy Invitational Dubai tamat untuk persediaan Musim Kedua DPC.

BOOM Esports berjaya menunjukkan bahawa Dota 2 di Asia Tenggara masih kuat dan bukan bahan gurauan saja oleh komuniti Dota 2 serata dunia.

Bak kata meme “SEA DOTO BEST DOTO.”

RELATED NEWS

+