Omelet Gaming lancar alat kawalan Switch Pro + Joy Pad, Red Jumper

Bagi sesiapa yang nak cari alat kawalan (controller) baharu Nintendo Switch, kini Omelet melancarkan alat kawalan Omelet Switch Pro + Joy-Pad baharu iaitu Red Jumper.

Ia hadir dengan warna merah dan kombinasi warna kuning dan biru yang membuatkan ia tampak seakan warna Super Mario.

Antara ciri-ciri menarik alat kawalan ini ialah:

  • Sesi gaming lebih lama dengan reka bentuk ergonomik
  • Analog stick dan butang yang lebih responsif
  • Butang yang ‘crystallized’ tampak lebih unik dan menarik
  • Dua butang di tepi yang boleh diprogramkan untuk gaya permainan lebih menarik

Red Jumper ini sangat sesuai untuk anda yang gemarkan warna merah. Ia juga menyokong mod nirwayar dan berwayar serta gyro untuk sasaran lebih tepat. 

Pra-tempah untuk alat kawalan Omelet Gaming Switch Pro+ Joy Pad Red Jumper kini dibuka. Harganya masih belum diumumkan.

RELATED NEWS

+