Wann bakal comeback? Apakah nasib Ferxiic?

Muhammad “Wann” Ridwan adalah pemain EVOS Legends yang sangat berkaliber dan sering memberikan persembahan dan prestasi yang baik sepanjang berada di dalam pasukan.

Namun, beliau sudah diganti oleh Ferxiic si bocah ajaib ketika MPL Indonesia musim ketujuh seterusnya memberikan mereka kemenangan ketika itu. Ramai peminat menantikan apakah nasib Wann yang memilih untuk berehat ketika itu.

Juara MPL Indonesia musim keempat dan M1 ini mengalami burnout oleh kerana tidak pernah berehat sejak musim keempat sehingga enam. Perkara ini diakui oleh beliau sendiri, Wann mengalami kepenatan dari segi fizikal dan mental menjadikan beliau tidak memberikan prestasi yang terbaik. 

Sesudah mendapat rehat yang cukup, Wann kini kembali ke gaming house EVOS Legends beberapa ketika yang dulu. Beliau sudah mengikuti scrim dan ujian demi mendapatkan tempat di dalam pasukan bagi mengikuti perlawanan di MPL Indonesia musim kelapan.

Namun begitu ia agak sukar memandangkan Ferxiic sudah menunjukkan potensi yang sangat besar sudah menggantikan tempat beliau jika kita mengandaikan beliau bermain sebagai jungler.

Di dalam pautan video Q dan A di EVOS Tv, Wann mengaku bersedia untuk bermain di mana sahaja. “Saya tidak kisah bermain apa sahaja asalkan saya saya bermain. Belum pasti (soal comeback di musim kelapan), saya hanya melakukan yang terbaik. Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa,”. ujarnya.

Walaubagaimanapun, kenyataan Wann sedikit sebanyak memberikan harapan yang tinggi buat para peminat di luar sana. Mungkin dengan comeback Wann nanti akan membuatkan beliau beralih ke lane yang lain untuk memberikan ruang kepada Ferxiic menjadi jungler. Kita saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+