Wann kembali bermain untuk EVOS Legends?

Sebelum ini, kami pernah melaporkan pemain EVOS Legends, Muhammad Ridwan (Wann) berehat dari arena kompetitif kerana burnout.

Beliau tak buat kemunculan pun di MPL ID musim ketujuh dan MSC 2021. Posisinya digantikan oleh pemain muda iaitu Ferxiic yang berusia bawah 19 tahun.

Namun, dalam satu laporan baharu menunjukkan pemain senior itu kini kembali. 

Menerusi Instagram @emak_moba, Wann ada mengikut sesi percubaan EVOS Legends untuk menghadapi MPL ID musim kelapan tapi ramai yang tak tahu kerana Wann tidak menunjukkan rekod perlawanan dimainkan ketika scrim.

Kali ini, beliau sudah berada di Jakarta, Indonesia dan menyertai pemain EVOS lain ketika jamuan makan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Namun, disebabkan Wann sudah digantikan posisinya sebelum ini oleh Ferxiic, pastinya EVOS Legends membuat percaturan baru bagi membolehkan sang senior ini masih berada dalam lineup utama di MPL ID musim kelapan nanti.

 

RELATED NEWS

+