Warframe Mobile akan menyokong fungsi rentas platform

Setahun selepas Digital Extremes (DE) mengumumkan versi mudah alih Warframe, akhirnya ia akan dilancarkan untuk dengan fungsi rentas platform dan rentas penyimpanan. 

Digital Extremes mengumumkan perkara ini ketika TennoCon yang juga acara besar syarikat itu pada setiap tahun.

Akhirnya kawan-kawan anda boleh main bersama tidak kira di mana-mana pelantar mereka berada.

Warframe keluar pada tahun 2013 sebagai satu permainan PC dan kini menjadi antara permainan video looter-shooter paling lama dengan komuniti yang masih aktif.

Walaupun tarikh masih belum diumumkan, berita baik ini akan datang secepat mungkin menurut DE.

Samada permainan ini akan menjadi beta tertutup atau beta terbuka masih belum diketahui.

RELATED NEWS

+