Warner Bros ingin menjual studio NetherRealm dan TT Games?

Warner Bros, divisyen permainan video dilaporkan masih menjual sebahagian dari divisyen itu walaupun sudah bergabung (merger) dengan Discover baru-baru ini. Berita ini dinyatakan oleh Jez Corden, Editor kanan untuk Windows Central yang banyak menumpukan perhatian kepada kandungan berkaitan permainan video.

Corden dilaporkan sudah melihat dokumen yang menyatakan WB sedang mempertimbangkan untuk menjual kedua-dua NetherRealm Studios dan TT Games, studio yang paling terkenal membangunkan Mortal Kombat dan beberapa judul Lego.

“Saya rasa Warner Bros tidak gembira dengan persembahan filem Mortal Kombat dan begitu juga dengan Lego,” ujar Corden. “Selain itu, seluruh IP Lego dilesenkan dari Denmark dan berpotensi memanfaatkan keuntungan mereka.” tambah beliau.

Namun begitu, khabar angin ini ditepis oleh jurucakap Warner Bros. Beliau mengesahkan bahawa NetherRealm Studios dan TT Games akan tetap menjadi divisyen permainan video syarikat. Divisyen ini akan dimasukkan di dalam penggabungan Warner Media Discovery.

RELATED NEWS

+