Pelancaran Crimson Desert sudah ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan. Akaun Twitter rasmi Crimson Desert membuat perkongsian mesej dari pasukan yang membangunkan permainan itu bagi mengumumkan kelewatan itu.
Alasan mereka adalah ianya memerlukan lebih banyak masa untuk menambahkan idea baru ke dalam permainan. Pearl Abyss mengatakan kelewatan ini akan membolehkan mereka membuat permainan yang lebih hebat dan mengagumkan.
“Saat ini kami berusaha keras untuk mengembangkan Crimson Desert, di mana ianya berkembang dengan pesat dengan pengalaman yang baru dan menarik” ujar mereka. “Namun begitu, kami memutuskan bahawa kami perlu mendedikasikan lebih banyak masa untuk menambahkan idea baru menjadikan ia sebuah permainan yang hebat dan mengangumkan,” tambah mereka.
An important message from the #CrimsonDesert team: pic.twitter.com/pKJPBNyW3P
— Crimson Desert (@CrimsonDesert_) July 29, 2021
Mesej diteruskan untuk menjelaskan bahawa pasukan mereka memutuskan untuk menunda Crimson Desert bagi memberi ruang kepada pasukan menghasilkan “pengalaman terbaik” kepada pengguna. Selain itu, untuk memastikan kesihatan ahli pasukan dalam melakukannya. Anda boleh membaca pengumuman sepenuhnya di dalam tweet Crimson Desert di atas.
Crimson Desert diumumkan pada bulan November 2019 sebagai salah satu dari tiga permainan Pearl Abyss baru (Plan 8 dan DokeV adalah dua permainan lain yang diumumkan). Ia direka oleh bekas pereka RYL Online, Jason Jung dan pada asalnya ditetapkan sebagai spin off MMORPG Black Desert Online.
Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.