Runeterra: Rise of the Underworld kini boleh dimainkan di Android, PC dan iOS

Apa yang tersembunyi di sebalik perkembangan terbaru Legends of Runeterra, ianya dinamakan Rise of the Underworlds yang memperkenalkan kata kunci baru iaitu Lurk. Selain itu, terdapat juga 43 kad baru, termasuk tiga karakter baru iaitu Ekko, Pyke dan Rek’sai.

Rise of the Underworld baru sahaja tiba di dalam kemaskini terbaru dan telah dapat dimainkan pada 30 Jun yang lalu. 

Kemaskini Rise of the Underworld telah menyertakan senarai kemaskini kad secara langsung. Skop perubahan dalam kemaskini ini jauh lebih besar dari yang sebelumnya. Ianya kerana mereka telah mengumpulkan sejumlah live design yang telah dikenal pasti dari masa ke semasa.

Menurut Riot Games, “Perubahan tersebut akan memberikan asas yang lebih baik untuk membuat sebarang perubahan langsung pada masa akan datang. Kami akan kembali sebaik sahaja kami mempunyai falsafah terkini tentang bagaimana kami akan membuat perubahan ini dengan cara yang lestari, sesuai dengan nilai kami dan semoga metagame akan menjadi tetap segar di kalangan pemain.

Kami akan berkongsikan rancangan pengembangan ini untuk memberikan fahaman kepada semua orang mengenai ukuran kemas kini di masa hadapan. Legends of Runeterra telah banyak berubah dan berkembang sejak ia dilancarkan.”

Untuk berita sepenuhnya, anda semua boleh melayari di SINI

RELATED NEWS

+