Epic Games sudah mempamerkan Unreal Engine 5 yang akan datang dengan serangkaian demo teknologi yang mengagumkan dan kini protagonis dari demo itu akan hadir ke Fortnite sebagai satu kosmetik. Watak demo itu bernama Windwalker Echo."> Epic Games sudah mempamerkan Unreal Engine 5 yang akan datang dengan serangkaian demo teknologi yang mengagumkan dan kini protagonis dari demo itu akan hadir ke Fortnite sebagai satu kosmetik. Watak demo itu bernama Windwalker Echo." /> Epic Games sudah mempamerkan Unreal Engine 5 yang akan datang dengan serangkaian demo teknologi yang mengagumkan dan kini protagonis dari demo itu akan hadir ke Fortnite sebagai satu kosmetik. Watak demo itu bernama Windwalker Echo." />

Watak demo Unreal Engine 5 kini dilancarkan di Fortnite

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Epic Games sudah mempamerkan Unreal Engine 5 yang akan datang dengan serangkaian demo teknologi yang mengagumkan dan kini protagonis dari demo itu akan hadir ke Fortnite sebagai satu kosmetik. Watak demo itu bernama Windwalker Echo.

Dia adalah watak yang sebelumnya tidak pernah didedahkan namanya yang membintangi pelbagai demo berteknologi Unreal Engine 5 dari Epic. Ini termasuk video teknologi Lumen in the Land of Nanite yang mempamerkan alat pencahayaan dan geometri serta demo teknologi Valley of the Ancient Tech.

Kedua-dua demo teknologi boleh dimainkan walaupun tidak ada rancangan untuk membuat apa-apa permainan yang dibintangi oleh Windwalker Echo. Namun, watak ini sekurang-kurangnya akan dapat dimainkan di Fortnite mulai malam ini.

Unreal Engine juga bekerjasama dengan pasukan animasi Mold3D Studio pada sampel animasi baru yang dinamakan ‘Slay’ yang menunjukkan Windwalker Echo beraksi. Lihatlah video di bawah.

Unreal Engine 5 kini tersedia di Akses Awal dan pembangun yang sudah ada lesen Unreal bebas untuk menguji dan bereksperimen.

Sementara itu, studio lain sudah bersedia untuk membina permainan mereka di Unreal Engine 5 termasuk studio The Coalition. BioWare juga mungkin menggunakan Unreal Engine 5 untuk permainan Mass Effect seterusnya berdasarkan iklan pekerjaan baru-baru ini.

Fortnite akan mengakhiri acara Chapter 2 Season 7 dengan finale besar yang dinamakan Operation: Sky Fire. Ia adalah acara yang hanya berlangsung sekali sahaja dan ditetapkan untuk 13 September jam 4AM (GMT+8) yang akan mempersembahkan pentupan perjuangan menentang pencerobohan makhluk asing.

RELATED NEWS

+