Henry Cavill main game minima 4 jam sehari

Bintang terkenal Superman dan The Witcher, Henry Cavill memberitahu mengenai hobinya iaitu bermain permainan video.

Henry Cavill to return as Superman in 'Man of Steel 2' | Marca

Namun siapa sangka Henry bermain lebih dari 4 jam permainan video sehari.

Dalam podcast Happy Sad Confused dihoskan oleh Josh Horowitz, Henry Cavill berkongsi mengenai minatnya iaitu Warhammer.

Total War: Warhammer 3 review — A strategy epic that shouldn't be missed |  Windows Central

Dari miniatur sehingga permainan video Total War: Warhammer III.

“Hanya empat jam sehari? ujar Horowitz.

“Err.. mungkin lebih,” balas Cavill sambil tersenyum.

The Witcher: Henry Cavill explains the part of Geralt he knows too well -  Polygon

Sudah semestinya semua para gamer pernah mengalami perkara ini dimana anda hanya mahu bermain sejam tetapi lebih dari apa yang anda sangka.

“Orang pernah datang ke rumah saya dan dengan bangga saya menunjukkan mereka miniatur saya dan mereka cuba balas ‘Okay?’.

Bila ditanyakan barang paling dia sayang setakat ini iaitu sebuah patung Lich King yang dihantar oleh Blizzard kepadanya.

Apabila ditanyakan mengenai pembinaan permainan video Henry menjawab.

“Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan saya tidak rasa saya boleh berada di dalam produksi permainan video sebagai contoh pengekodan. Saya rasa lebih baik biar kepada pakar kod.” ujar Cavill.

Cavill mengatakan dia berminat untuk mengeluarkan permainan video di masa hadapan nanti.

Saksikan temuduga penuh disini.

RELATED NEWS

+