Riot Games mengumumkan kejohanan League of Legends: Wild Rift Southeast Asia Championship 2021 akan membuka tirai pada 14 September ini dan akan diadakan secara atas talian sepenuhnya.
“Dengan adanya pandemik COVID-19, kejohanan ini akan diadakan dalam talian sepenuhnya bagi memastikan keselamatan kesemua pihak. Pemain akan bermain sama ada di gaming house atau di lokasi yang bersesuaian,” kata Chee Kok Ban, Pengurus Projek E-Sukan, Wild Rift SEA dalam satu sidang media, sebentar tadi.
Kejohanan yang dianjurkan ESL Asia ini akan menyaksikan 21 pasukan Wild Rift terbaik daripada rantau Asia Tenggara dan wilayah sekitar bersaing untuk memenangi hadiah keseluruhan sehingga RM830,000.
Pasukan-pasukan yang bertanding adalah pasukan daripada Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Oceania, Taiwan dan Hong Kong. Pasukan-pasukan ini layak untuk sertai berikutan prestasi yang sangat baik semasa Wild Rift SEA Icon Series: Musim Luruh baru-baru ini.
Asia Tenggara menjadi rantau yang sangat berkembang dalam permainan mudah alih dan e-sukan mudah alih. Hal ini menyebabkan Riot memilih rantau ini untuk menjadi Regional Alpha dan Open Beta bagi Wild Rift.
Dengan penganjuran Wild RIft SEA Championship 2021 secara tidak langsung dapat ketengahkan bakat dan semangat pemain daripada Asia Tenggara sementara mempamerkan standard esports mudah alih hingga peringkat global.
“Kami berhasrat untuk e-sukan, Wild Rift menjadi e-sukan mudah alih global pertama daripada Riot. Walaupun kami masih ditahap awal untuk membangunkan sukan terbaru kami ini, kejayaan kami di Asia Tenggara menetapkan langkah untuk apa yang kami mahu kecapi di rantau lain,” kata Leo Faria, Ketua Global Wild Rift.
Sehingga kini, Wild Rift SEA Icon Series sudah merangkumi 1,000 pasukan yang menngambil bahagian sejak awal liga, dengan jumlah penonton sehingga 1.28 juta bagi Siri Musim Panas sahaja.
Selain itu, e-sukan mudah alih juga sudah mula diiktiraf dan dimasukkan sebagai kategori di dalam temasya sukan serantau iaitu Sukan Asia 2018 dan Sukan SEA 2019. Wild Rift juga mengumumkan akan menjadi salah satu acara di Sukan SEA 2021.
Mengenai Wild Rift SEA Championship 2021, 21 pasukan terbaik daripada Wild Rift SEA Icon Series Musim Luruh akan layak untuk sertai SEA Championship 2021.
Terdapat tiga peringkat pertandingan untuk Wild Rift SEA Championship 2021. Berikut adalah tarikh-tarikh berlangsungnya perlawanan:
Peringkat 1 – Play-Ins: 14 – 19 September 2021
Peringkat 2 – Kumpulan: 23 – 26 September 2021
Peringkat 3 – Acara Utama: 30 September – 3 Oktober 2021
Untuk menonton Wild Rift SEA Championship 2021, bagi saluran Bahasa Inggeris, boleh ditonton di:
- YouTube LoL: Wild Rift
- Twitch Riot Games
- Facebook League of Legends Wild Rift
- Facebook ESL Asia
- YouTube ESL Mobile
- Twitch ESL Asia
Manakala untuk Bahasa Malaysia anda boleh tonton di:
- Facebook League of Legends Wild Rift Malaysia
- YouTube League of Legends Wild Rift Malaysia
- YouTube ESL Malaysia
- Twitch ESL Malaysia
- Facebook ESL Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai Wild Rift, sila layari laman Wild Rift, dan ESL Asia di Facebook, Twitter dan Instagram.