Wise dan OhMyV33nus akan berehat pada musim hadapan?

Menerusi sebuah hantaran Instagram revivaltvid, Wise menyatakan bahawa pada MPL musim hadapan dia dan Venus akan kembali berehat.

“Kevier akan menjadi jungler pada musim ke-10, saya dan Venus akan kembali berehat,” katanya.

Duo maut ini berjaya membawa negara Filipina dalam meraih pingat emas untuk acara Mobile Legends di kejohanan sukan SEA baru-baru ini.

Meskipun mereka berdua tidak bermain di MPL PH musim ke-9, tetapi prestasi mereka cukup cemerlang semasa di kejohanan itu.

Sudah terang lagi bersuluh, keserasian di antara mereka berdua memang tidak dapat ditandingi buat ketika ini.

Adakah benar Wise dan OhMyV33nus tidak akan bermain pada MPL musim hadapan sekaligus akan terlepas dari kejohanan berprestij M4? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram Wise

RELATED NEWS

+