Xbox Scarlett Bukanlah Nama Rasmi – Kata CEO Xbox

PlayStation mempunyai senarai nama yang senang nak ingat. PlayStation 1 hinggalah PlayStation 4. Apa yang berubah hanya nombor di depan menandakan konsol itu lebih progresif dan lebih canggih. Tapi bagi Xbox, bukan senang. Ada Xbox, Xbox 360 dan Xbox One.

Bagi korang yang tertanya kalau team dekat Xbox dah pun finalize dengan nama konsol seterusnya iaitu Xbox Scarlett, ia bukanlah nama akhir.

“Saya pun tak tahu namanya (nama akhir untuk konsol itu),” kata bos Xbox, Phil Spencer dalam temubual bersama Giant Bomb. “Kami tiada senarai nama pun untuk konsol generasi seterusnya ini,”

Mengikut Spencer, pihak mereka titak terfikir pun Scarlett akan menjadi nama akhir. Disebabkan tidak mengikut turutan seperti PlayStation, kadang-kadang ia ada nama bagus dan catchy, kadang-kadang tidak dan ini menyebabkan pemasarannya lebih sukar dan membuatkan pembeli keliru. 

Bagi yang sudah lama membeli Xbox, korang mesti tahu konsol ini bukan sekadar konsol tapi sebagai platform yang lebih memfokuskan software dan servis daripada hardware.

Xbox Scarlett dijangka akan dipasarkan pada 2020 dan Xbox juga tidak mendedahkan lagi spesifikasi dan ciri-ciri konsol itu secara rasmi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+