Nintendo Switch paling besar di dunia."> Nintendo Switch paling besar di dunia." /> Nintendo Switch paling besar di dunia." />

Michael Pick bina Xbox Series X sebesar peti ais

Michael Pick adalah seorang Youtuber yang dikenali ramai kerana pernah membina Nintendo Switch paling besar di dunia.

Kali ini dia hadir lagi dengan membina Xbox Series X yang besar dan seberat peti ais.

Xbox Series X ini memegang rekod sebagai Xbox terbesar di dunia dengan ketinggian 2.08 meter dan selebar 1.04 meter.

Lebih menakjubkan Xbox ini seberat 113.4kg dan dikira 600% lebih besar dari Xbox Series X yang asal.

Pick mendapat idea ini dari peti ais Xbox Series X Fridge yang juga peti ais sebenar dengan rekaan Xbox dari Microsoft sendiri.

Menurut Pick, kerja yang paling susah adalah untuk meniru bahagian melengkung atas Xbox Series X dan kemudian membuat bahagian itu menggunakan cetakan 3D dengan beberapa bahagian kecil dan disambungkan bersama.

Rekaan terbesar ini berfungsi dengan menggunakan Xbox Series X sebenar disimpan di dalam Xbox besar itu.

Dengan menekan butang di Xbox gergasi bahagian dalam binaan itu akan menghantar isyarat ke motor di dalam untuk mengaktifkan konsol Xbox itu.

One YouTuber has made the biggest functional Xbox Series X ever - Dot  Esports

Michael Pick juga bakal menyumbang binaan besar ini ke YMCA Youth and Teen Development Center di Atlanta, Georgia.

Agak-agak remaja di pusat itu perlu guna tangga hanya untuk menekan butang on?

RELATED NEWS

+