Xiao8 dituduh bertaruh untuk kekalahan pasukan sendiri, PSG.LGD

Xiao8 dan pasukan PSG.LGD dituduh bertaruh dan melakukan match fixing di pentas dunia apabila media sosial banyak menyatakan sesuatu yang tidak kena mengenai perlawanan akhir The International (TI) 10.

Pasukan Spirit memenangi TI10 dengan pertunjukan yang penuh hebat dalam kelas tersendiri.

PSG.LGD pula adalah pasukan pilihan peminat untuk memenangi TI10.

Mereka tidak pernah kalah dari bermula peringkat pasukan sehingga acara utama dan di perlawanan akhir sahaja satu-satunya perlawanan yang mereka tewas.

Ramai komuniti Dota 2 memberitahu kekalahan PSG.LGD adalah disebabkan mereka tidak ban Magnus yang menjadi hero menghantui semua pasukan di TI10.

Namun, bekas isteri Xiao8 pula mengeluarkan satu ciapan mengatakan PSG.LGD cuba untuk match fixing.

Namun tuduhan yang dilakukan ini tidak memberi apa-apa makna kerana tiada cara untuk mengetaui screenshot ini adalah betul atau tidak.

Berkenaan pertaruhan ini, Zhao “XinQ” Zixing dan Zhang “faith_bian” Ruida sudah membuat kenyataan di Weibo bahawa keputusan yang dibuat mereka adalah bersama-sama semasa drafting.

Dalam permainan terakhir Magomed “Collapse” Khalilov mendapat Magnus dan terus mendominasi seluruh perlawanan dan menjadi antara punca terbesar kekalahan PSG.LGD.

Namun, PSG.LGD memberitahu sebab mereka kalah adalah kurang agresif semasa early game dan satu tower dive yang memberi kelebihan besar kepada Team Spirit.

RELATED NEWS

+