Youtuber ini tukar tandas duduk jadi PC Gaming

Selalunya dalam kehidupan, walaupun anda boleh membuat sesuatu tidak semestinya anda perlu buat perkara itu.

Ini yang dibuat oleh seorang Youtuber kerana menukarkan tandas duduk menjadi PC Gaming.

Basically Homeless mengambil cabaran ini dengan belajar cara-cara untuk memotong seramik dan perpaipan semata-mata untuk membuat PC ini.

Perkara ini bukan mudah dan Basically Homeless menjumpai perkara yang menyusahkan seperti masalah memastikan PC sentiasa kering.

Apa boleh buat. Kalau dalam bilik air bukan senang untuk ada PC yang kering.

Akhirnya selepas bersusah-payah, monitor diletakkan di dinding bilik air dan keseluruhan PC itu berada di dalam tangki tandas itu.

RELATED NEWS

+