YouTube Onic PH digodam?

ONIC PH dikenali sebagai salah satu pasukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Filipina yang terbaik dalam rantau ini.

Pasukan itu menduduki tempat kedua pada beberapa musim MLBB Professional League (MPL) PH serta Kejohanan Dunia M3. Pasukan ONIC PH juga mempunyai saluran YouTube rasmi yang sering berkongsi tentang perkembangan pasukan itu

Namun, saluran YouTube pasukan Filipina itu dilihat seperti digodam pada hari ini.

Saluran YouTube rasmi ONIC PH dijumpai memuat naik beberapa video yang tidak berkaitan dengan permainan MOBA itu dan ia kelihatan seperti video spam yang boleh membawa penonton ke laman web yang tidak selamat melalui pautan-pautan yang terdapat di video atau ruangan komen.

Setakat ini, ONIC PH belum menurunkan video itu dan masih boleh ditonton di saluran YouTube rasmi pasukan. ONIC PH juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan video ini.

Peminat disarankan agar tidak menekan apa-apa pautan dari video itu agar dapat mengelakkan diri daripada ancaman siber.

Sumber rujukan: YouTube 

RELATED NEWS

+