Yve dikenakan ban sebanyak 71 kali di dalam Kejohanan Dunia M3

Kejohanan Dunia M3 mengumpulkan 16 pasukan dari serata dunia bertanding untuk merebut gelaran juara serta piala kemenangan dan wang hadiah lumayan.

Pasukan Blacklist International berjaya muncul juara selepas menewaskan pasukan ONIC PH dengan skor 4-0.

Setiap perlawanan yang berlaku pasti akan melalui sesi drafting yang menjadi kunci kemenangan setiap pasukan.

Pasukan yang dapat membaca draft pihak lawan akan mendapat kelebihan di dalam perlawanan.

Yve memegang tempat pertama dalam jumlah hero di ban di dalam Kejohanan Dunia M3 sebanyak 71 kali, manakala Hayabusa sebanyak 63 kali dan Phoveus sebanyak 47 kali.

Seterusnya, Paquito di tempat keempat dengan 44 kali larangan dan Natan sebanyak 43 kali larangan. Kesemua hero ini mampu mengubah nasib pasukan M3 dan mereka menjadi salah satu hero meta ketika itu.

Sumber dan foto: MPL MY 

RELATED NEWS

+