ZackXgaming sudah beransur pulih dari Covid-19

Zakhry “ZackXgaming” Zainal sebelum ini disahkan menghidap penyakit Covid-19 tahap ketiga di mana-mana beliau mengalami jangkitan paru-paru.

Namun begitu, keadaan kesihatannya kembali pulih sedikit demi sedikit, di atas doa orang ramai serta ramai rakan-rakan yang memberikan sokongan kepadanya.

 

Menurut Zack, beliau tidak lagi memerlukan bantuan air tambahan ke dalam badan, sebelum ini kita dapat lihat tangan beliau dimasukkan cecair dan keadaan Zack terlantar sakit di atas katil hospital.

Alhamdulillah, kini Zack sudah beransur pulih dan boleh makan seperti biasa. Sebelum ini beliau mengalami kesukaran untuk menelan makanan ke dalam mulut disebabkan tidak ada deria rasa, gejala yang dialami oleh hampir semua yang menghidapi penyakit virus itu.

Kami dari MyGameOn mendoakan agar ZackXgaming pulih seperti sedia kala dan terhindar dari ancaman gejala “Long Covid” yang ditakuti oleh semua bekas pesakit Covid-19.

Foto: ZackXgaming

RELATED NEWS

+