Zeph masuk Team Lunatix sebagai roamer

Team Lunatix yang dahulu dikenali sebagai Team Lemah adalah salah satu pencabar baru di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kesepuluh.

Mereka berjaya mendapat slot selepas menewaskan pasukan Geek Fam tempoh hari dan mereka memulakan aksi di pentas MPL dengan cemerlang di minggu pertama.

Namun begitu, selepas menewaskan pasukan RED Esports dan juga Team Caracal, momentum mereka mula menurun dan mereka mengalami kekalahan demi kekalahan.

Kini, selepas jendela perpindahan dibuka, Team Lunatix mengumumkan Zeph akan bermain bersama mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Lunatix (@team.lunatixx)

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka. Zeph adalah bekas pemain The Academy dan ini menjadi debut pertama dia di pentas MPL.

Adakah Zeph akan membawa perubahan ke atas pasukan Team Lunatix untuk mendapatkan momentum mereka kembali? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Lunatix

 

RELATED NEWS

+