Zeys dan Rekt ungkap alasan EVOS Legends gagal lolos ke M3

Kejohanan Dunia Edisi M Mobile Legends menjadi satu benchmark oleh semua pasukan profesional permainan peranti mudah alih itu di serata dunia.

Malang sekali buat EVOS Legends, mereka gagal melayakkan diri selepas prestasi yang tidak begitu baik ditonjolkan di MPL ID musim kelapan.

Mereka tewas di lower bracket final oleh ONIC Esports. Zeys selaku jurulatih mengungkapkan mengapa pasukan mereka gagal layak ke Kejohanan Dunia M3.

“Saya fikir di musim ini (MPL ID Season 8), kami tidak benar-benar bermain sebagai sebuah pasukan. Semuanya bermain secara individu, melakukan segalanya secara tidak bersama dengan pasukan, lalu masuk ke sebuah pertandingan,” ucap Zeys.

“Jujur, saya berfikir kami memang sangat layak untuk kalah dan kami tidak berjaya untuk lolos ke M3 atau menjuarai sebarang pertandingan,” tambah beliau.

Rekt sebagai kapten mengaku impian pasukan untuk layak ke Kejohanan Dunia M3 menjadi satu beban yang amat berat buat pasukan.

“Mungkin saya terlalu bercita-cita untuk berjaya lolos ke M3. Mohon maaf juga tidak dapat membawa EVOS ke M3 karena terlalu bercita-cita tinggi,” ujar REKT.

Adakah kita akan melihat pasukan EVOS Legends mengubah nasib mereka di MPL ID musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+