10 Pemain Mobile Legends Yang Kacak Lagi Bergaya, No.1 Tu Paling Power!

Ramai yang kata gamers ni banyak masa duduk dalam bilik, tak jaga penampilan, anti sosial dan banyak lagi. Tapi hanya mereka yang bermain game saja tahu itu semua atas individu dan ia bukan menggambarkan majoriti pemain. 

Walaupun berhabis masa yang lama untuk berlatih bersama skuad, ada antara mereka yang tampil lebih yakin dan kemas di kejohanan. Ada juga yang ke gimnasium untuk kekal sihat dan stay in shape

Jom usha senarai pemain Mobile Legends yang kacak lagi bergaya!

 

10. Hilmi Muhd (MyA Sh4dow)

Nama: Hilmi Muhd @ MyA Sh4dow

Pasukan: Mysterious Assassin (MyA)

FB Page: Mysterious Assassin

Pemain Mysterious Assassin ni bukan lagi korang tak kenal. Beliau dah lama dalam arena kompetitif Mobile Legends dan pernah buat kemunculan banyak kali dalam tournament ternama antaranya Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim pertama dan kedua.

Terkenal dengan kemahirannya bermain hero Mage, jejaka berbadan sado ini sekarang sedang menumpukan perhatian untuk membina skuad MyA yang masih baru menjalani pertukaran roster selepas tamatnya musim liga MPL MY/SG S3.

 

9. Fredo (Shopee Bosskurr)

Nama: Ahmad Fuad Razali @ Fredo

Pasukan: Shopee Bosskurr

FB Page: Fredo Sameon

Fredo memang cukup terkenal dalam komuniti ML seMalaya. Tak perlu cakap, ramai yang sebut-sebut nama beliau setiap hari. Kalau korang usha livestream beliau, boleh cecah sehingga lebih 5,000 tontonan tau! Apa yang membuatkan Fredo dikenali sudah tentunya apabila beliau menyertai Team Saiyan dan dari situ skuadnya itu berjaya memenangi pelbagai pertandingan.

Apabila dilamar Air Asia Saiyan, populariti Fredo terus meningkat naik dan walaupun kini bersama Bosskur (sekarang ditaja oleh Shopee), skuad ini akan terus buat yang terbaik untuk arena e-sukan di Malaysia.

 

8. Faris Zakaria @ Soloz (Shopee Bosskurr)

Nama: Faris Zakaria @ Soloz

Pasukan: Shopee Bosskurr

FB Page: Soloz

Meluncur laju ke atas, Faris Zakaria atau Soloz pada mulanya bersama Mysterious Assassin dan pernah membawa kejayaan untuk skuad itu dalam MPL musim kedua. Sejak pertukaran roster oleh MyA, Soloz pun membuat hala tuju sendiri dengan menyertai Air Asia Saiyan.

Beliau yang mahir sebagai assassin dan marksman menempa popularitinya sendiri menerusi laman Facebook page dan juga saluran Youtube milik beliau. Di situ, Soloz selalu berinteraksi dengan peminatnya yang kini mencecah sehingga 98,000 sukaan (Facebook) dan 131,000 subscribers (Youtube).

 

7. Mohd Haqqani Jaffar @ 2ez4jepv (Geek Fam)

Nama: Mohd Haqqani Jaffar @ 2ez4jepv

Pasukan: Geek Fam

FB Page: 2ez4Jepv

Siapa yang tak kenal juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Ketiga ni? Beliau gemar bermain sebagai tank dan baru-baru ini membuat kejutan sebagai Angela! Satu meta baru yang belum lagi pernah dicuba sesiapa. Hasil bermain hero itu di dua perlawanan akhir, Geek Fam berjaya menewaskan EVOS Esports SG dan membawa pulang wang tunai RM103,000!

Jejaka kacak dari Johor ini juga menerima sokongan padu daripada isterinya untuk teruskan karier sebagai pemain profesional Mobile Legends.

Baca lanjut: ‘Saya Tetap Akan Sokong Dia Sampai Bila-Bila’

 

6. Feekz (Geek Fam)

Nama: Amirul Syafiq Mohd Amir @ Feekz

Pasukan: Geek Fam

FB Page: Feekz Mobile Legends

Siapa tak kenal Feekz, signature heronya iaitu Claude berjaya memukau semua perhatian pada kejohanan akhir MPL MY/SG S3 minggu lalu. Kemahirannya menggunakan ulti pada saat tidak diduga dan teknik farming luar biasanya harus dipuji. Jejaka berwajah jambu ini juga mahir sebagai assassin, mengambil hero seperti Hayabusa untuk membawa pasukannya, Geek Fam meluncur laju ke arah kemenangan. 

 

5. Mohd Syazlan (Ashi Entertainment)

Nama: Mohd Syazlan Mohd Rosdi

Pasukan: Todak MLBB Squad

FB Page: Ashi Entertainment

Dulu, nama pemain berwajah jambu ini sering disebut-sebut apabila memberi komen berunsur kelakar pada MPL MY/SG musim pertama dulu. Sekarang, Ashi bukan lagi bersama Mystic Burden dan sudah berhijarah ke skuad Todak MLBB. Beliau juga seringkali stream di FB Page miliknya.

 

4. Daus Jamil @ Rynn ML (Bekas pemain Reborn)

 

Nama: Muhd Firdaus Abdul Jamil

Pasukan: Masih belum diketahui (bekas pemain Reborn)

FB Page: Rynn ML

Sebut saja Lancelot, pasti ramai terbayang pemain dengan wajah jambu ini memainkannya. Rynn sangat dikenali dengan teknik permainan yang agresif sebagai Lancelot dan beliau juga mahir menggunakan assassin lain. Ketika bersama Reborn yang dulunya dikenali sebagai Saiyan Reborn, remaja dari Johor ini meraih juara di MPL MY/SG Musim Kedua selepas menewaskan skuad Singapura, EVOS.

 

3. Boon Wei Xing (Oh Deer Bambi)

Nama: Boon Wei Xing

Pasukan: EVOS Esports SG

FB Page: EVOS Mobile

Kemahirannya bermain mage/assassin tak perlu disangkal lagi. Beri saja Harith kepadanya, perhatikanlah bagaimana jejaka kacak ini memusnahkan semua musuh! Sebagai kapten EVOS Esports SG, Oh Deer Bambi mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin skuadnya hingga ke grand final MPL MY/SG S3 untuk dua kali berturut-turut. Dari lower bracket, mereka berusaha sebaik mungkin untuk menewaskan skuad Malaysia, Geek Fam tapi gagal dengan skor 1-3. Apa-pun, EVOS Esports SG memang skuad dari Kota Singa yang kuat!

 

2. Stefan “Soul” Chong Ru Chyi (EVOS Esports)

Nama: Stefan Chong Ru Chyi @ Soul

Pasukan: EVOS Esports SG

FB Page: Stefan “Soul” Chong Ru Chyi:

Pemain dari EVOS Esports ini bukan saja kacak dan tampak presentable tapi beliau juga mahir bermain Mobile Legends! Dalam satu rekod yang dicatatkan, beliau bermain Moskov dalam 1,320 perlawanan dengan peratusan kemenangan lebih 90%! Bersama EVOS, beliau berjaya meriah tempat kedua dalam MPL MY/SG Musim Kedua selepas tewas di tangan skuad negara, Reborn.

 

1. Kolia Legend (Nara Esports)

Nama: Ng Shao Ming @ Kolia Legend

Pasukan: NARA Esports

FB Page: Kolia Legend

Jejaka bermodalkan wajah jambu ini memang ramai orang kenal dalam komuniti Mobile Legends. Kolia bukan saja terkenal di negara asalnya, Singapura tapi juga di Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, Kolia punya ramai peminat yang sentiasa menantikan strim beliau di Nimo TV. Sebelum beralih ke NARA Esports, Kolia adalah kapten untuk skuad EVOS Esports dan mahir bermain Grock serta Minotaur. 

Jangan tak percaya kalau pemain hebat ni memang tak lokek ilmu tau! Di Instagram peribadinya, Kolia selalu berkongsi tips untuk bermain hero-hero terutamanya peranan Tank.

———————–

Korang kenal tak Xpax X-Assins? Mereka ada pemain yang dulu dikenali daripada skuad Junior Assassin!

Dengar cerita skuad Mobile Legends ditubuhkan oleh Celcom Xpax ini akan ada showmatch di XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) di Sunway Ice Rink di Sunway City, Kuala Lumpur pada Sabtu ini. Pukul berapa? Pukul 4.30 petang!

Jom lah beramai-ramai meriahkan XPAX KEK ni bermula 26 dan 27 April! Ada pertandingan Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2! 48 skuad universiti di lima zon serata Malaysia akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM180,000! 

Haa, apa tunggu lagi, korang boleh lah cuba test skills bila lawan diorang nanti. Mana tahu, boleh menang showmatch tu kan? Ada hadiah tau!

Selain showmatch, juga ada persembahan artis, menang cabutan bertuah dan juga boleh main game percuma! Mari datang beramai-ramai!

Ada persembahan menarik dari Bittersweet, Indah Ruhaila, Andi Bernadee, Ara Johari, Aina Abdul dan ramai lagi! Untuk info lanjut, korang boleh layari https://www.mygameon.my/xpax-kek

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+