10 Permainan Video Terbaik Sepanjang 2018

Kita dah hampir hujung tahun! Berapa hari lagi nak masuk new year. Jadi sebelum 2018 meninggalkan kita, jom tengok senarai permainan video dan permainan mudah alih yang paling best dikeluarkan sepanjang tahun ini. Tak dinafikan, memang tahun ni game seronok-seronok belaka macam yang diumumkan di E3 2016. Ada juga antara game ni yang menerima anugerah di The Game Awards 2018 baru-baru ini.

1. God of War – 20 April

Rasanya semua orang tahu God of War, menceritakan kisah seorang demi-god, Kratos yang cuba untuk settle down bersama anaknya Atreus. Bagi penulis, game ini memang tak dinafikan antara yang terbaik dikeluarkan tahun ini. Penggunaan mitologi Norse sangat welcoming dan membawakan lore serta storyline yang sangat deep. Saya rasa, antara point yang wajar diketengahkan ialah bagaimana Kratos menunjukkan sisi lainnya sebagai seorang ayah. Dalam God of War, kita dapat menyaksikan kedua-duanya berkorban untuk satu sama lain dan naratifnya sangat menarik untuk diikuti.

Berbeza dengan permainan sebelum ini, God of War lebih realistik dan mempunyai pelbagai kombo boleh dipelajari. Jadi tak dinafikanlah, dengan mitologi yang cukup gah sebagai tema utama, perjalanan Kratos dan Atreus adalah seronok untuk diikuti. Menewaskan dark elf di Alfheim misalnya adalah satu pengalaman yang baru dan cukup penting untuk kedua beranak ini. Penulis yakin, korang dah pun repeat game ini berulangkali untuk rasai setiap perlawanan yang ditempuh Kratos dan Atreus.

2. Red Dead Redemption 2 – 26 Oktober

Red Dead Redemption 2 adalah permainan yang mencerminkan simulator koboi dengan elemen seperti memburu, menangkap ikan dan merompak dalam satu sistem yang sempurna ditambah lagi dengan latar masa dan tempat seperti Wild West. Korang akan terasa nostalgia dengan senjata yang rare, haiwan lagenda dan cabaran serta collectibles yang juga didapati dalam RDR1. 

Terdapat banyak pilihan boleh dibuat dalam permainan ini lalu memberi gambaran bagaimana misi korang seterusnya. Nak tahu lebih lanjut? Korang kenalah beli permainan yang dah pun terjual sebanyak 17 juta unit ini!

3. Spider-Man – 7 September

Mustahil kalau Spider-Man tiada dalam senarai. Permainan video terbaru dari Insomniac Games ini mempunyai elemen menarik yang menerokai sisi hidup lain Peter Parker sebagai ahli sains. Apa lagi yang baru? Korang akan teroka banyak set kuasa, dan kostum yang mempunyai pelbagai efek. Terdapat juga misi sampingan ahli sains jadi korang akan tahu lebih lanjut tentang kehidupan harian Peter.

Pada hari-hari biasa, korang akan membantu untuk menewaskan musuh di bandaraya New York yang mana korang akan menghayun menyelesaikan misi-misi sampingan dan misi utama dalam permainan berkonsepkan dunia terbuka ini.

4. Monster Hunter: World – 26 Januari

Permainan video ini bukan untuk korang yang sekadar nak ‘singgah sekejap’. Dalam dunia sandbox yang besar, Monster Hunter: World adalah permainan memburu raksasa yang sememangnya seronok! Naik taraf kelengkapan korang dan untuk yang baru nak main tu, usah risau kerana tutorialnya cukup mudah untuk difahami. Yang paling penting, rancangan strategi dan bentuk stail kombat korang sendiri untuk tewaskan raksasa-raksasa ini.

5. Hitman 2 – 13 November

Sebagai Agent 47, korang akan merantau ke seluruh dunia dalam 7 misi di landskap yang berbeza. Sebagai contoh, misi korang adalah di Atlantik Utara, Mumbai, dan Santa Fortuna, Colombia. Dalam permainan ini, briefcase kembali, membuatkan korang boleh gunakan senjata yang besar seperti sniper rifle.

6. Dead Cells – 7 Ogos

Ingin nostalgia bermain Castlevania dan Mario kembali? Haa, Dead Cells adalah permainan indie paling sesuai untuk korang cuba. Dengan pelbagai item boleh diguna bagi menewaskan musuh, ia adalah RPG side-scrolling yang sangat addictive

7. Tetris Effect – 9 November

Macam mana tak seronok bila dapat tahu Tetris ‘dihidupkan’ kembali dalam versi lebih moden dan sangat addictive! Penulis rasa Tetris Effect membawakan gaya permainan klasik Tetris ke tahap lebih baik. Dengan gabungan irama dan muzik, setiap line Tetrominoes yang diselesaikan adalah sangat rewarding. Juga terdapat pelbagai mod yang korang boleh cuba. Dah macam Candy Crush pulak!

8. Detroit: Become Human – 25 Mei 

Antara game eksklusif PS4 mantap tahun ini adalah Detroit: Become Human yang dibangunkan oleh Quantic Dream. Dalam game aksi ini, korang boleh bermain 3 jenis android: Kara, Connor dan Markus di bandar Detroit pada tahun 2038. Ketiga-tiga android mempunyai kisah mereka tersendiri seperti Connor adalah sebuah android bekerja khas untuk polis dan korang harus bekerjasama dengan seorang detektif yang benci akan android. Kara pula adalah android yang diciptakan untuk menjaga hal-hal rumahtangga tetapi dia menjadi saksi kepada mangsa keganasan rumahtangga. Markus adalah sebuah android telah lama menjaga seorang pelukis Detroit terkenal yang sedang mencari makna kehidupan sebagai seorang manusia.

Detroit: Become Human menampilkan gameplay sama seperti game mereka lepas seperti Heavy Rain dan Beyond Two Souls. Game ini mempunyai grafik yang memukau bersama persembahan lakonan hebat untuk ketiga-tiga android. Melalui game ini, korang boleh mengarang cerita tersendiri kerana korang ada banyak pilihan yang bercabang-cabang sampai korang boleh tonton 50+ ending!

9. Assassin’s Creed: Odyssey – 5 Oktober

Odyssey mungkin dilihat tiada pertalian antara siri lain dalam francais Assassin’s Creed, tapi sebenarnya ia punya keunikan tersendiri. Ia menceritakan Perang Peloponnesian antara Athens dan Sparta yang digambarkan melalui mercenary yang korang pilih iaitu Alexios ataupun Kassandra. Yang lebih menarik, tema Greek ini diperkuatkan lagi dengan plot penceritaan yang deep, perlawanan di lautan luas, bounty hunters dan macam-macam lagi. 

Ia adalah permainan video yang disuntik elemen RPG dan membuka plot baru dalam francais Assassin’s Creed yang korang wajar tahu. Ditambah lagi dengan Kassandra, hero wanita yang memang diperlukan sekarang ini, berbaloi untuk korang main selama lebih 100 jam meneroka kerajaan Greek Purba ini.

10. Ragnarok M: Eternal Love – 31 Oktober

Penulis masih ingat , pergi kafe siber semata-mata nak main Ragnarok. Masa tu, jangan cakaplah. Semua ketagih grinding untuk sampai level 99. Nak-nak lagi yang kejar untuk status reborn. Tapi itu dulu! Sekarang Ragnarok kembali untuk versi peranti pintar. Bagi korang yang tak tahu, Ragnarok M: Eternal Love mempunyai elemen yang hampir serupa dengan versi di PC termasuklah muzik, efek kuasa dan jenis-jenis raksasa.

Eternal Love bukan sekadar disesuaikan untuk telefon pintar tapi mempunyai quest-quest dan PvP. Selain itu, game ni bukanlah pay2win sebab setiap bahan (material) boleh dicari. Ada juga mod yang seronok macam Endless Tower untuk pemain dapatkan material yang boleh dijual mahal di auction house. Seronok sebab macam-macam kelas ada dan setiap darinya penting untuk party. Sebagai contoh, high priest adalah a must dalam setiap party kerana kuasa Resurrection dan Safety Wall.

RELATED NEWS

+