Beta terbuka Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada bulan Ogos
2020-07-16T02:08:11
By: Burhanudin Zamri

Beta terbuka Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada bulan Ogos

 

Square Enix dan Crystal Dynamics telah mengumumkan bahawa fasa beta terbuka untuk permainan video mereka Marvel’s Avengers akan bermula pada bulan Ogos tahun ini.

Terdapat dua jenis beta yang akan dilancarkan pada bulan tersebut iaitu beta pra-tempah dan beta terbuka. Berikut adalah tarikh pelancaran untuk setiap beta yang akan dilancarkan:

  • Beta pra-tempah PS4 – 7 Ogos 2020
  • Beta pra-tempah PC & Xbox One – 14 Ogos 2020
  • Beta terbuka PS4 – 14 Ogos 2020
  • Beta terbuka PC & Xbox One – 21 Ogos 2020

Menurut kenyataan daripada Shaun Escayg, Pengarah Kreatif Marvel’s Avengers, beta ini akan mengandungi misi kempen, misi co-op, kemajuan watak-watak adiwira, dan pengembaraan War Zone dan Drop Zone.

Square Enix juga mengumumkan bahawa satu lagi pembentangan War Table akan diadakan pada 30 Julai pada waktu 1AM (waktu Malaysia). Ia boleh ditonton melalui laman YouTube rasmi Marvel’s Avengers.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, dan Google Stadia pada 4 September tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: RRQ main dengan berdisiplin, kini di tempat ketiga
1 day ago
Wild Rift: Camille adalah champion pertama dikenakan nerf
1 day ago
Hanya tinggal 10 hari sebelum untuk pecah rekod AS$40 juta untuk TI10
2 days ago
Among Us: Discord catat rekod 800 ribu muat turun setiap hari
2 days ago
Octopath Traveler akan dilancarkan pada 28 Oktober ini di Jepun untuk iOS dan Android
3 days ago
PUBG Mobile: Pasukan Arcadia Dianne ingin perkasa bakat wanita dalam e-sukan