Tarikh pelancaran Chocobo GP diumum

Square Enix hari ini akhirnya mengumumkan permainan lumpa go-kart ala-Mario Kart, Chocobo GP yang diperkenalkan awal tahun ini. 

Chocobo GP yang diinspirasi daripada karakter Final Fantasy ini akan dilancarkan secara rasmi buat pengguna Nintendo Switch pada 10 Mac 2022.

Disamping pelancaran Chocobo GP, mereka juga akan melancarkan bersama Chocobo GP Lite iaitu versi percuma, yang akan mempunyai sedikit penawaran yang terhad seperti pelumba yang sedikit dan tidak berupaya membuat lobi. 

Tetapi, pemilik versi Lite berupaya untuk memindahkan data kemajuan mereka ke versi penuh kemudian, selepas mereka membeli Chocobo GP sama ada secara fizikal atau digital.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Chocobo GP anda boleh mencuba dahulu dengan versi Lite sebelum membeli versi penuh.

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+