Betul Ke Ini Kejohanan E-Sukan Kampus Terbesar Di Malaysia?

Siapakah bakal bergelar skuad e-sukan peringkat universiti terbaik negara?

Bagi mencari bakat dalam kalangan siswa dan siswi yang hebat bermain esports, Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad serta Predator mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, yang pertama menampilkan skuad e-sukan peringkat universiti terbaik di seluruh negara bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM180,000!


1) DI MANA ACARA INI AKAN DIANJURKAN?

Dianjurkan oleh MyGameOn dengan kerjasama Kitamen, ia akan diadakan di lima zon berbeza.

Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Tengah – Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

Utara – Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah

Pantai Timur – Terengganu, Pahang dan Kelantan

Borneo – Sabah dan Sarawak

Grand Finale – Lembah Klang

Buat masa ini, KEK dijadualkan berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).


2) APA JENIS E-SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN?

Para siswa dan siswi boleh bertanding dalam 3 kategori permainan popular masa kini iaitu:

Mobile Legends: Bang Bang 

Pro Evolution Soccer 2019 

Dota 2 

 

3) BAGAIMANA PUSINGAN KELAYAKAN DILAKUKAN?

Tournament registration akan bermula pada awal bulan Februari dan pusingan kelayakan pula di akhir bulan yang sama. Pasukan akan bertanding untuk merebut kedudukan 16 terbaik (Top 16). Mereka akan beraksi untuk menunjukkan kemahiran dan bakat bagi melayakkan ke zon final di Mac.

Pemenang setiap zon pula akan ke peringkat grand final bagi merebut hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung pada akhir April di Kuala Lumpur (lokasi akan diumumkan kemudian).

Bukan saja mengejar untuk menjadi yang terbaik sahaja malah institusi pengajian tinggi dengan bilangan pasukan yang mencatat rekod kemenangan tertinggi berpeluang menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh jenama terkenal Celcom, XPAX sebagai inisiatif mereka memperkasakan e-sukan.


4) PENDIDIKAN E-SUKAN DAN GAMING

Selain kejohanan e-sukan, akan turut ada elemen pendidikan ketika zon final seperti pameran kerjaya, booth pendidikan, sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain industri, trak makanan, tarian kecergasan dan banyak lagi. Jadi untuk siswa mahupun orang awam boleh memeriahkan acara ini dengan aktiviti yang sesuai untuk semua.

Selain itu, XPAX Hackathon adalah pengisian diberikan kepada siswa untuk membentangkan idea bernas kepada penganjur dan hadiah eksklusif dari XPAX menanti pemenang.


5) MACAM MANA NAK REGISTER?

Tarikh penyertaan untuk KEK akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Ikuti kami di Facebook untuk maklumat lanjut!

 

 

RELATED NEWS

+