Call Of Duty: Mobile Musim 6 Terima Kemaskini Bertemakan Koboi
2020-04-28T06:15:33
By: Burhanudin Zamri

Call Of Duty: Mobile Musim 6 Terima Kemaskini Bertemakan Koboi

 

Kemaskini terbaru untuk Call of Duty: Mobile (CODM) akan tiba tidak lama lagi dan nampaknya ia akan membenarkan para pemain untuk menjadi koboi.

Dua penambahan baharu yang paling menarik dalam kemaskini ialah skin baru untuk watak Ghost dan Seraph. Pemain boleh dapatkan skin Cowboy Ghost dan Desperada Seraph melalui Premium Battle Pass baharu yang bakal dilancarkan pada 1 Mei 2020.

Selain daripada itu, terdapat juga skin baharu untuk beberapa senjata. Anda boleh memperoleh skin Heat Stroke untuk Outlaw, M4LMG, dan LK24.

Para peminat Call of Duty: Modern Warfare semestinya telah menyambut dengan baik kemunculan peta baharu dalam CODM iaitu Rust. Peta Saloon juga telah diperkenalkan untuk mod 2v2 Showdown dan 1v1 Duel.

Dalam mod Battle Royale pula, sebuah kelas baharu telah diperkenalkan iaitu Poltergeist. Jika anda bermain sebagai kelas Poltergeist, anda akan mempunyai kebolehan untuk menjadi halimunan dan juga meningkatkan kelajuan berjalan dan berlari semasa menjadi halimunan.

Sumber: IGN SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali
3 days ago
Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok
3 days ago
UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel