DOTA 2: Tigers Tumbangkan Empayar Navi, Layak Ke The Kuala Lumpur Major
2018-11-05T03:23:44
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Tigers Tumbangkan Empayar Navi, Layak Ke The Kuala Lumpur Major

 

Pagi tadi, perlawanan sengit (DreamLeague Season 10) telah berlangsung antara Tigers, satu-satunya skuad Asia Tenggara Dota 2 yang masih bertahan bagi merebut slot sebagai pasukan ke-16 yang bertanding di The Kuala Lumpur Major. Namun, perjalanan mereka bukanlah mudah. Mereka berdepan Navi di final best of 5.

Tigers dianggotai oleh anak Malaysia, Lai Jay Son (Ahjit), Muhammad Rizky Anugrah (InYourDream), David Tan (Moonmeander), Kenny Deo (Xepher) dan kapten skuad, Sivatheeban Sivanathapillai (1437).

Tigers meluncur laju di upper bracket, menewaskan skuad seperti Navi pada perlawanan pembukaan dan Royal Never Give Up dari China sehinggalah mereka bertemu Navi sekali lagi di Grand Final.

Ternyata corak permainan Tigers lebih menyengat dengan line up berani yang memasukkan Meepo sebagai hero terakhir pada perlawanan pertama. Tindakan berani itu nyata membuahkan hasil apabila kesemua lane dimenangi Tigers dan core mereka bermain dengan begitu baik sekali, mencatatkan net worth hampir sama.

Perlawanan kedua dan ketiga pula agak membimbangkan sedikit apabila Tigers membuat silap percaturan lalu kedua perlawanan itu dimenangi Navi dan perlawanan ketiga ditamatkan kurang 25 minit. Namun, Tigers meneruskan rentak mereka pada baki perlawanan iaitu Game keempat dan kelima.

Hero yang selesa dimainkan Tigers iaitu Pangolier, Invoker, Crystal Maiden dan Tiny memudahkan mereka merebut tuah dari dua perlawanan ini lalu melayakkan mereka menjulang trofi DreamLeague Season 10.

Bukan saja memenangi slot ke The KL Major, tapi Tigers juga turut membawa pulang wang tunai terkumpul USD125,000. 

Nantikan perlawanan mereka seterusnya di Group Stage bermula 9 November ini! Sekali lagi tahniah diucapkan!

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix