DOTA2: Apakah Nasib Pieliedie, CCnC Dan Tiga Lagi Bekas Pemain Forward Gaming?

Organisasi e-sukan Amerika Utara, Forward Gaming menamatkan operasinya kerana kekangan kewangan walaupun pasukan ini layak ke The International 2019.

Memandangkan mereka terdiri daripada pemain berpotensi yang berjaya layak selepas memenangi pusingan kelayakan rantau Amerika Utara baru-baru ini, pastinya akan ada organisasi lain yang berminat untuk menaja mereka.

Tapi selain Evil Geniuses, kurang organisasi yang berkebolehan dan mempunyai reputasi bagus untuk penajaan ini.

Forward Gaming diwakili oleh Quinn “CCnC” Callahan, Arif “MSS” Anwa, Johan “pieliedie” Åström, Yawar “YawaR” Hassan, dan Jingjun “Sneyking” Wu yang berada dalam kontrak percubaan. Roster ini membuktikan skuad mereka cukup hebat di EPICENTER Major dan berjaya menjadi wakil Amerika Utara (selain EG) ke TI9.

“Dengan berat hati saya rasa kesal untuk umum yang Forward Gaming akan dibubarkan,” kata CEO Forward, David Dashtoyan di TwitLonger.

“Sehingga hari ini, semua kakitangan akan dilepaskan dan pemain kami menjadi ajen bebas. Disebabkan kekangan kewangan, kami tak mampu bayar gaji pemain pada Julai dan juga wang kemenangan USD$36,000 untuk pemain (yang sebahagiannya digunakan untuk tampung gaji bulan Jun),” tambahnya lagi.

Cloud9 dan Immortals adalah organisasi yang mungkin boleh menyelamatkan mereka kerana kedua-duanya sangat biasa dengan arena Dota tapi apa pun kita akan lihat apa nasib mereka selepas ini.

The International 2019 akan bermula pada 15 Ogos di Shanghai dan semua orang mengharapkan bekas pemain Forward akan bermain Dota sebagai pasukan underdog yang menempuhi pelbagai rintangan dengan jayanya.

Sumber: Dot Esports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+