ESL One Katowice Hanya Mempertandingkan 4 Perlawanan Saja Di Main Stage
2018-02-13T09:20:59
By: Hazril Md Nor

ESL One Katowice Hanya Mempertandingkan 4 Perlawanan Saja Di Main Stage

 

Nampaknya bukan peminat di Genting saja, tapi juga Katowice, satu-satunya lokasi pertama kali untuk kejohanan ESL Dota 2 di Poland turut kecewa dengan keputusan organisasi e-sukan itu yang menghadkan perlawanan di pentas utama hanya untuk dua hari.

Di Spodek Arena, kejohanan itu akan berlangsung selama 5 hari tapi hanya pada 24 Januari dan 25 Januari saja yang memaparkan aksi suku ahir kedua, dua separuh akhir dan final sekali gus meninggalkan pusingan awal di ‘belakang tabir’.

Ini bermakna arena itu digunakan hanya untuk dua hari dan ia mengejutkan semua orang kerana sebanyak 16 pasukan berentap untuk Dota Pro Circuit. Bagi yang sudah membeli tiket kemasukan, penerbangan dan penginapan pastinya kecewa kerana dapat saksikan skuad kegemaran mereka beraksi hanya 2 hari.

Netizen juga menyifatkan keputusan ESL itu tidak berasas kerana sebagai penganjur kepada 16 pasukan, kejohanan bernilai juta USD sepatutnya memberikan pengalaman lebih menarik kepada peminat.

ESL belum lagi memberi maklum balas ketika artikel ini ditulis. Tapi di Reddit, mungkin lain ceritanya. 

Sumber: Dotesports

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia