EVOS Esports Meneruskan Kolaborasi Bersama Domino’s
2020-02-28T02:29:47
By: Hazril Md Nor

EVOS Esports Meneruskan Kolaborasi Bersama Domino’s

 

Selepas umum kolaborasi dengan pasukan VIP Squad bagi membentuk skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) baru, kini EVOS MY umum kolaborasi bersama Domino’s.

Sebelum ini, Domino’s terlebih dahulu bekerjasama dengan EVOS SG. Sekarang mereka akan melanjutkan kolaborasi itu sepanjang tahun 2020.

Kolaborasi bersama EVOS Singapura sebelum ini pada Ogos lalu sudah membantu mereka dari segi sokongan infrastruktur, secara tidak langsung membantu memenangi trofi MPL pertama.

Dalam kenyataan dikeluarkan, EVOS tidak begitu memperincikan apakah jenis kerjasama lain yang dibuat. 

Musim liga MPL Malaysia dan Singapura musim kelima akan bermula esok dan EVOS SG sudah bersedia untuk mempertahankan kedudukan mereka dan seterusnya berhasrat menjulang trofi sekali lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: RRQ main dengan berdisiplin, kini di tempat ketiga
1 day ago
FarmVille akan ditutup selepas 11 tahun dimainkan di Facebook
2 days ago
Razer Con 2020 – Apa yang menarik?
2 days ago
Octopath Traveler akan dilancarkan pada 28 Oktober ini di Jepun untuk iOS dan Android
3 days ago
Among Us: Cyan, Lime, apa maksudnya?
3 days ago
Genshin Impact kini boleh dimuat turun di iOS, Android serta PC dan konsol