GigaBash: Permainan Pertempuran Raksasa Gergasi Buatan Malaysia Oleh Passion Republic

Kalau korang meminati filem-filem bertemakan Kaiju atau raksasa gergasi seperti Godzilla dan King Kong, korang tentu suka GigaBash.

Gigabash merupakan game berbentuk pertempuran arena (arena brawler) yang dibangunkan oleh Passion Republic Games, studio game yang bertapak di Malaysia yang pernah menyumbang hasil kerja (outsourcing) dalam Uncharted: The Lost Legacy dan Batman: Arkham Asylum.

Sempena Tokyo Game Show (TGS 2019), studio ini mengumumkan game sulung mereka secara rasmi. Saksikan trailer terbaru Gigabash di bawah:

Dalam game ini, korang boleh bertarung dengan pelbagai jenis raksasa yang ganas dan boleh berlawan sehingga 3 pemain dalam mod couch co-op.

Raksasa-raksasa ini mempunyai kebolehan tersendiri yang beradu tenaga di kawasan bandar. Apa yang menarik adalah korang boleh baling bangunan di sekeliling raksasa ke raksasa pemain lain.

Raksasa gergasi itu turut mampu bertukar lebih besar dengan mengumpul Giga Points dan bertukar jadi S-Class Monster.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi untuk game pertempuran raksasa gergasi ini. Gigabash akan dikeluarkan di PC dan PS4. 

Bagi yang berminat tentang Gigabash, korang boleh layari laman sesawang rasmi mereka di sini untuk perkembangan lanjut. 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+