Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
2021-05-05T02:58:08
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?

 

Kuala Lumpur: Banyak betul berita tentang Star Wars semalam kan? Siapa sangka hari peringatan ‘May the 4th’ kini turut melanda Mobile Legends: Bang Bang apabila Moonton sendiri mengacah kandungan baru berkaitan francais popular itu dalam posting terbaru mereka.

Dengan tulisan tertera Mobile Legends: Bang Bang x Star Wars, ada bayangan Darth Vader dan Yoda yang mana di bawah mereka adalah Argus dan Cyclops.

Mereka tidak mendedahkan butiran lanjut tapi dari komen netizen, ramai mengatakan ini adalah skin terbaharu akan dikeluarkan.

Menurut Moonton, kolaborasi ini hanya sah di negara berikut: Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos, Timor Leste, dan Jepun.

Nantikan butiran lanjut tidak lama lagi.

Penulis akan kemaskini laman ini jika ada apa-apa perubahan baru.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China