Mobile Legends: Soloz Menang Anugerah ‘Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi’

Ahli pasukan Shopee Bosskurr, Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria memenangi anugerah ‘Most Watched Creator’ bagi kategori Malaysia.

Anugerah itu diterima daripada Facebook Gaming sempena Facebook Creator Summit di Manila, Filipina yang mengumpulkan lebih 100 pencipta kandungan (content creator) daripada rantau Asia Tenggara yang berkumpul untuk sesi suai kenal, mengadakan aktiviti bersama-sama dan macam-macam lagi pengisian.

 
 
 
View this post on Instagram

Thanks guys for wonderful support. Im not a legend, WE ARE LEGEND – Fredie Merkury #FBCreatorSummit

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on

Faris mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Facebook dengan lebih 400,000 pengikut yang mengikuti perkembangannya dan menerima lebih 200,000 sukaan. Menerusi kandungan Mobile Legends yang ditayangkan secara langsung di Facebook, Faris kerap menghiburkan peminatnya hampir setiap masa bermain game tersebut.

Videonya pula menerima begitu banyak tontonan dan ada yang hampir mencecah 700,000!

Selain mewujudkan Facebook page sendiri, Faris juga mempunyai saluran Youtube yang aktif dengan kandungan permainan mudah alih ini.

RELATED NEWS

+