ditangguh untuk memberi ruang kepada isu perkauman di Amerika Syarikat."> ditangguh untuk memberi ruang kepada isu perkauman di Amerika Syarikat." /> ditangguh untuk memberi ruang kepada isu perkauman di Amerika Syarikat." />

Pembentangan PS5: The Future of Gaming dijadualkan semula ke 12 Jun 2020

Pada minggu lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa acara pembentangan konsol PlayStation 5 iaitu PS5: The Future of Gaming telah ditangguh untuk memberi ruang kepada isu perkauman di Amerika Syarikat.

Acara tersebut kini telah diberikan jadual baharu. Ia akan disiarkan secara langsung pada 12 Jun 2020 pada waktu 4AM mengikut waktu Malaysia. Anda boleh menonton pembentangan tersebut di YouTube dan laman web rasmi PlayStation.

Ada kemungkinan besar bentuk konsol PS5 akan didedahkan semasa pembentangan tersebut di samping penunjukkan permainan video yang akan dilancarkan untuk PS5. Pastikan anda tidak terlepas menontonnya!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+