ura-ura yang mengatakan game buatan Malaysia ini akan dilancarkan di Epic Games Store dan tampaknya berita ini adalah benar."> ura-ura yang mengatakan game buatan Malaysia ini akan dilancarkan di Epic Games Store dan tampaknya berita ini adalah benar." /> ura-ura yang mengatakan game buatan Malaysia ini akan dilancarkan di Epic Games Store dan tampaknya berita ini adalah benar." />

Pengasas Metronomik, Wan Hazmer Jelaskan Kenapa No Straight Roads Dilancarkan Di Epic Games Store

Kami pernah melaporkan ura-ura yang mengatakan game buatan Malaysia ini akan dilancarkan di Epic Games Store dan tampaknya berita ini adalah benar.

Pada minggu lepas, Metronomik mengesahkan No Straight Roads bakal menuju ke Epic Games Store melalui pos Facebook rasmi mereka. Keputusan ini mengundang pelbagai respons negatif daripada peminat gara-gara dakwaan Epic Games Store adalah gedung stor game online yang ‘tidak mesra pengguna’ kerana memonopoli pasaran PC dengan game eksklusif dan dituduh sebagai tempat yang menyebarkan ‘spyware’.

No Straight Roads merupakan game terulung Metronomik diasaskan oleh bekas pereka Final Fantasy XV, Wan Hazmer dan pelukis konsep karakter Street Fighter V, Daim Dziauddin. Saksikan trailer acah terbaru di bawah:

Game berbentuk aksi ritma ini membawa pemain mengikuti perjalanan dua pemuzik, Mayday dan Zeke dalam menentang syarikat gergasi NSR yang telah mengharamkan segala jenis muzik kecuali rentak electronic dance music (EDM) di Vinyl City. No Straight Roads mempamerkan cara permainan dengan bertempur mengikut rentak muzik seperti gabungan Dark Souls dan Jet Set Radio.

Pengasas bersama Metronomik, Wan Hazmer sedar akan komen-komen yang diberikan di sosial media lalu beliau menjelaskan proses bagaimana No Straight Roads bakal hadir ke Epic Games Store.

Menurut Wan Hazmer, keputusan untuk meletakkan game terulung mereka di Epic Games Store untuk menampung dana pembangunan sebagai studio indie yang baru sahaja bertapak di industri game Malaysia. 

“Ada orang kata, malah bergurau kepada saya iaitu pengalaman saya sebagai pereka game utama Final Fantasy XV boleh dapatkan saya banyak duit semasa saya menubuhkan studio baru di Malaysia. Malangnya, ini tidak pernah terjadi dan kami belajar dengan cepat bahawa kami perlu kerja keras untuk menaikkan dana sebagai sebuah studio indie.”

Metronomik juga telah memeterai perjanjian penerbitan bersama studio berpengkalan di United Kingdom, Sold Out. Beliau berkata, “Sold Out dan Epic Games bertemu dengan kami dan percaya akan game kami. Saya sangat gembira untuk pasukan kami dan juga game kami. Kerjasama ini membantu studio kami dari aspek kewangan dan sokongan teknikal serta membolehkan kami untuk kecapi apa yang kami telah rancang untuk game kami.

“Dengan aliran tunai yang teguh, kami mampu menggaji ramai bakat untuk membangunkan game kami dan terus maju sebagai satu studio tanpa perlu meminjam duit daripada bank setiap bulan ataupun daripada ayah saya! Kami sangat percaya akan apa yang kami hasilkan dan sokongan ini benar-benar membantu kami untuk melancarkan game yang terbaik.”

No Straight Roads akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store selama setahun untuk PC. Game ini turut akan dikeluarkan di PS4 seiring dengan pelancaran Epic Games Store. Malah, No Straight Roads boleh dipra-tempah sekarang dengan harga USD$18.99 (~RM79.96).

No Straight Roads akan dilancarkan di PC dan PS4 pada tahun 2020.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+