trailer acah di PAX East 2019"> trailer acah di PAX East 2019" /> trailer acah di PAX East 2019" />

No Straight Roads: Video Demo Baru Menggabungkan Muzik Dan Visual Unik Dihasilkan Oleh Anak Malaysia

Metronomik telah melancarkan demo terbaru No Straight Roads iaitu berlawan bos DJ Subatomic Supernova buat pertama kali dan memberikan sedikit trailer acah di PAX East 2019

Studio yang berasal dari Malaysia di bawah pimpinan bekas game designer Final Fantasy XV, Wan Hazmer berkesempatan untuk berkongsi video penuh demo No Straight Roads baru yang menampilkan peringkat gameplay bos DJ Subatomic Supernova mengeluarkan rentak padu.

No Straight Roads adalah game aksi ritma (action rhythm) terbaru dari Metronomik. Saksikan Mayday & Zeke bergabung untuk mengalahkan bos ini di bawah.

Pengarah No Straight Roads, Wan Hazmer turut menerangkan cara permainan game ini bersama laman Gematsu. Korang akan bermain sebagai sebuah kugiran yang dianggotai oleh Mayday dan Zeke. Mereka mempunyai sebuah kubu di dalam pembetungan yang mana korang boleh ubahsuai senjata, naikkan skill (skill tree), dapatkan misi dan banyak lagi sebelum pergi ke kawasan bandar yang dikuasi oleh EDM Empire iaitu dipanggil sebagai No Straight Roads.

“Dalam bandar itu, korang boleh bercakap dengan non-playable characters (NPC) dan boleh melihat suasana bandar yang dipenuhi dengan mesej EDM Empire seperti melalui pengiklanan. Selepas itu, korang boleh pilih untuk tengok dewan konsert mana untuk diceroboh masuk.”

“Sebaik sahaja korang pilih dewan konsert, korang pilih tahap kesukaran (difficulty) dan korang akan pergi ke dalam satu tahap ‘mini-dungeon’ di mana korang bermain selama 10 minit sebelum berlawan dengan bos,” jelas Hazmer.

Mayday, pemain gitar berdepan dengan DJ Subatomic Supernova

Menurut Hazmer, rekaan No Straight Roads mengambil inspirasi dari game yang berbeza dari genre ritma iaitu Dark Souls terutamanya dari segi perlawanan bos dan Jet Set Radio, game papan luncur dengan runut bunyi mantap. 

Hazmer juga sedang bertimbang untuk menambah masuk ‘couch multiplayer’ atau mod co-op yang membolehkan dua pemain dalam satu masa yang sama. Mod couch multiplayer No Straight Roads tidak akan ada pembahagian skrin (split-screen) yang lazim dilihat dalam game co-op. Malahan, kamera itu ditarik ke belakang sekiranya dua karakter itu berjauhan. 

“Namun, kalau mereka (Mayday dan Zeke) terpisah jauh sangat, mereka akan denda. Dan kami cuma menambah masuk banyak prop dan buatkan permainan ini sedikit susah,” kata Hazmer.

Mod multiplayer ini akan mengubahkan rentak permainan. Hazmer berkata, “Jika korang lihat dalam demo Mother and Child (seperti di video atas), Mayday, seorang pemain gitar boleh menukarkan prop menjadi senjata mesingan manakala Zeke adalah seorang pemain drum boleh tukarkan prop menjadi bahan-bahan seperti mengubah serangan jadi peluru dan sebagainya.”

“Cara mereka menyerang dan mengeluarkan serangan juga berbeza kerana pemain gitar menggunakan gitar yang menyerupai seperti kapak mempunyai kuasa serangan lebih padu dan pemain drum itu lebih menjurus kepada serangan kombo.” 

No Straight Roads ini dihasilkan sepenuhnya oleh 20 anak Malaysia dan hampir separuh daripada pasukan pembangunan terdiri daripada graduan baru ataupun tenaga kerja senior yang tak pernah berkecimpung dalam bidang game development. Korang boleh baca temuramah penuh Gematsu bersama Wan Hazmer di sini.

No Straight Roads bakal dilancarkan pada tahun 2019 di PC dan PS4. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+