PMCO: Yoodo Gank Hadiahkan Chicken Dinner Ke-12 Buat Malaysia

Tinggal satu hari lagi sebelum berakhir liga Asia Tenggara PMCO di Shanghai, China dan nampaknya Yoodo Gank terus haus dengan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD)! Kali ini yang kedua belas untuk Malaysia. Tahniah diucapkan!

Yoodo Gank diwakili oleh Aiman Amirul Mohd Sahid (ManParang), 22 tahun, Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy), 25 tahun, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), 20 tahun dan Mohamad Hafizi Baharudin (Geek), 23 tahun.

Dalam bulatan terakhir untuk perlawanan ketiga hari ini, Yoodo Gank mempunyai high ground advantage namun pasukan BOX begitu berhati-hati di sebalik batu. Mereka tak mempunyai kompaun kerana bulatan menutupi di kawasan lapang namun kedua-dua pasukan bermain dengan baik sekali.

Saat-saat genting itu menyaksikan Jimboy cuba mendapatkan ahli BOX dengan lebih tepat sasaran. Bagaimana? Dia membawa kereta untuk turun ke kawasan batu tersebut namun nyaris melayang nyawa karakternya kerana ditembak. Manakala Geek yang mempunyai kedudukan paling strategik ditembak, memaksa ManParang dan Draxx mendekati BOX dari arah tepi.

Draxx pula ditembak hingga jatuh apabila cuba berlari ke BOX. Jimboy pula berjaya menjatuhkan Marcol, meninggalkan Gel saja menyorok di sebalik tebing. Tidak mahu melengkahkan masa, ManParang penuh yakin melompat ke bawah dan menamatkan riwayat Gel lantas memenangi mereka WWCD.

Secara keseluruhan mereka mendapatkan 39 mata (30 untuk placing, 9 untuk jumlah pembunuhan).

Ini adalah recap untuk perlawanan tadi di bawah:

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Ini adalah minggu akhir dan pasukan yang berjaya ke Top 12 akan layak ke kejohanan Asia Tenggara di Jakarta pada 21 Jun ini. 

Liputan ini dibawakan khas oleh:

RELATED NEWS

+