Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
2020-09-24T07:37:21
By: Burhanudin Zamri

Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar

 

Razer telah melancarkan tiga produk baharu di Malaysia dan ketiga-tiganya merupakan aksesori komputer nirwayar. Tiga produk tersebut adalah Razer DeathAdder V2 Pro, Razer BlackShark V2 Pro, dan Razer BlackWidow V3 Pro.

Ketiga-tiga produk ini sebenarnya bukan model-model baharu sepenuhya. Meraka adalah versi nirwayar produk Razer yang telahpun menjadi popular dalam kalangan pemain PC.

Tetikus nirwayar Razer DeathAdder V2 Pro dijual pada harga RM579 dan fon kepala nirwayar Razer BlackShark V2 Pro pula dijual pada harga RM859. Kedua-duanya telah dilancarkan pada hari ini di pasaran Malaysia.

Untuk papan kekunci nirwayar Razer BlackWidow V3 Pro pula, harganya masih belum diumumkan dan ia akan mula dijual di pasaran Malaysia pada bulan Oktober ini.

Razer menyatakan bahawa ketiga-tiga produk di atas menggunakan teknologi Razer HyperSpeed Wireless untuk memastikan tahap kependaman menjadi sangat rendah.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas, anda boleh melayari laman web rasmi Razer.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan