Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Omen Challenger Series 2019
2019-10-30T09:09:36
By: Hazril Md Nor

Segala Yang Korang Perlu Tahu Tentang Omen Challenger Series 2019

 

Kejohanan Omen Challenger Series kini kembali untuk edisi 2019!

Kali ini, Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) menjadi pilihan untuk dipertandingkan kepada 12 negara Asia Pasifik!

Ini adalah kesemua info penting korang perlu tahu tentang kejohanan ini.

 

Pasukan-pasukan yang bertanding

FrostFire akan mewakili Malaysia untuk kejohanan ini manakala pasukan popular lain seperti Bren Esports (Filipina) dan Alpha Red (Thailand) juga turut menyertai.

Ini adalah nama penuh pasukan lain:

  • NASR Esports (India)
  • Ikarus (Korea Selatan)
  • Team Absolute (Jepun)
  • Lets Quit (China)
  • AHQ (Taiwan)
  • Laze (Singapura)
  • Boom ID (Indonesia)
  • Syntax (Indonesia)

Mereka akan bertarung selama tiga hari dari 01 November hingga 03 November bagi merebut hadiah terkumpul AS$50,000 (RM209,000).

Jangan lupa untuk saksikan livestreaming di laman rasmi Facebook Omen by HP.

 

Di mana kejohanan ini akan diadakan?

Omen Challenger Series akan diadakan selama tiga hari di Jakarta Convention Center – Hall Cenderawasih. Ia bukan setakat kejohanan e-sukan saja tapi juga ada muzik dan hiburan dengan kerjasama MTV Asia!

Selain itu terdapat Pertandingan Omen Dota 2 pada jam 2 petang (02 November ini) dan juga pertandingan cosplay jadi kalau korang ada dekat sana, jangan terlepas peluang untuk saksikan!

Bagi peminat PUBG Mobile pula, korang boleh saksikan pertandingan ini bermula jam 3:30 petang pada 01 November ini.

Bagi pengunjung yang datang, mereka juga akan menerima giveaway percuma barangan HP seperti Omen Mouse Pad 100, Omen Sticker dan HP In Ear Headphone.

 

Berhibur bersama artis popular

Lepas dah habis usha game selama tiga hari, mesti korang nakkan hiburan betul? Kalau korang kebetulan datang event ni nanti, jangan lupa untuk stay sampai pukul 7:00 PM sebab dua artis popular pilihan MTV akan membuat kemunculan di pentas!

Artis Indonesia, Putri Soeharto atau Ramengvrl cukup terkenal kerana bakat beliau dalam bidang rapping. Lagu popular beliau antaranya ialah Ca$hmere dan I Am Me.

Weird Genius adalah sekumpulan DJ yang dianggotai oleh Eka Gustiwana, Billy Taner dan Reza Oktovian. Anatara lagu popular mereka ialah Sweet Scar ft  Prince Husein yang menerima lebih 30 juta tontonan di Youtube.

Segala info lanjut mengenai jadual perlawanan dan sebagainyakorang boleh layari https://omengaming.co/omen_cs/

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

5 days ago
PUBG: Battle Arena Elites Mewakili Malaysia Ke Predator League Asia Pacific 2020, Manila
5 days ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Akur Gangsa
1 week ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Tinggal Selangkah Lagi Rangkul Emas Pertama
1 week ago
PUBG: Ini Adalah Senarai Pasukan Ke Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League 2020
1 week ago
Sukan SEA 2019: Laluan Sukar Harimau Malaya Hari Ini, Bakal Bertembung Indonesia Di Upper Bracket Mobile Legends
1 week ago
Sukan SEA 2019: Harimau Malaya Cemerlang, Mobile Legends 8 Mata, Hearthstone Dan Starcraft II Layak Ke Playoff