Spider-Man PS4 Bakal Dapat Mod New Game Plus!

Masih rindu untuk berayun-ayun mengembangkan lagi eksplorasi open-world di bandar New York sebagai Spider-Man?

Pengembaraan Spider-Man tidak berakhir begitu sahaja. Kalau korang dah habis story mission dan segala side mission dalam Spider-Man, jangan risau. Insomniac Games merancang untuk tambahan mod game baru iaitu New Game Plus.

Insomniac Games mengesahkan Spider-Man akan mendapat mod New Game Plus setelah menjawab pertanyaan seorang pemain di Twitter.

Setakat ini, Insomniac Games tidak mendedahkan apa yang bakal dimasukkan atau dinaiktarafkan dalam mod New Game Plus untuk adiwira lelabah kegemaran ramai.

Namun, studio ini berkata mereka sedang giat membangunkan dan mengemaskini Spider-Man untuk mod New Game Plus baru.

Jika mod New Game Plus ini mengikut cara game ekslusif PS4 lain, God of War, korang mungkin dapat suit Spider-Man baru atau pilihan mod difficulty untuk game yang lebih mencabar.

Spider-Man PS4 membolehkan pemain merasai pengalaman bermain sebagai adiwira lelabah terkenal dari komik Marvel menyelamatkan dan mempertahankan bandar New York daripada ancaman orang jahat sambil menyelusuri hidup seorang pelajar universiti bernama Peter Parker.

Spider-Man baru sahaja dilancarkan pada 7 September lepas dan khas untuk PlayStation 4.

Sumber: Game Informer

 

RELATED NEWS

+