Marvel’s Spider-Man: Miles Morales diumumkan untuk PS5, akan tiba pada penghujung tahun ini

Para peminat permainan video Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada tahun 2018 semestinya akan rasa teruja apabila mendapat tahu bahawa sebuah sekuel akan dilancarkan di konsol PlayStation 5 (PS5).

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales diumumkan di pembentangan PS5: The Future of Gaming baru-baru ini. Nampaknya kali ini pemain akan bermain sebagai Spider-Man generasi baharu iaitu Miles Morales.

Pada waktu ini, tarikh pelancaran untuk judul ini masih belum didedahkan. Trailer di atas juga menyatakan bahawa ia akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation dan bukan “PlayStation 5”.

Adakah ini bermaksud sebuah versi PS4 juga akan dilancarkan?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+