Tiga pasukan Malaysia akan beraksi di Free Fire Continental Series pada hujung bulan November
2020-11-04T09:40:26
By: Burhanudin Zamri

Tiga pasukan Malaysia akan beraksi di Free Fire Continental Series pada hujung bulan November

 

Garena telah mengumumkan jadual dan format untuk Free Fire Continental Series (FFCS). Kejohanan ini dipecahkan kepada tiga kejohanan lain iaitu Asia Series, EMEA Series, dan America Series. Malaysia bersama Taiwan, India, Pakistan, Thailand, Indonesia, dan Vietnam akan bertanding di Asia Series.

Terdapat dua peringkat dalam Asia Series iaitu Play-in dan Grand Finals. Play-in akan berlangsung pada 22 November dan lima pasukan terbaik dari peringkat ini akan melayakkan diri ke Grand Finals.

Dua pasukan dari Malaysia iaitu AutoKnockout dan Baby Argon melayakkan diri ke Play-in selepas masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga di kejohanan Free Fire Tri-Nation Cup.

Grand Finals pula akan berlangsung pada 29 November dan tujuh pasukan telah melayakkan diri ke peringkat tersebut setelah memenangi kejohanan utama di negara atau kawasan masing-masing. Pasukan Malaysia NOXSCAPE merupakan salah satu pasukan tersebut. Mereka merupakan johan Free Fire Tri-Nation Cup.

Dalam format kejohanan ini, terdapat 6 pusingan dan setiap pasukan akan bertanding di tiga peta berbeza iaitu Bermuda, Purgatory, dan Kalahari. Hadiah terkumpul untuk FFCS Asia Series berjumlah AS$300,000 (RM1.25 juta).

Untuk maklumat lanjut, pastikan anda mengikut laman Facebook Garena Free Fire Malaysia.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Ubisoft umum permainan dunia terbuka Star Wars baharu
4 days ago
Lagu tema M2 Bahasa Melayu kolaborasi antara Moonton dan Joe Flizzow
4 days ago
Yonny suka buat video e-sukan dan gaming di TikTok, kini raih lebih 70,000 pengikut
4 days ago
Bethesda umumkan permainan Indiana Jones baharu
4 days ago
Nvidia umumkan RTX 3060 dan komputer riba GPU RTX 3000
5 days ago
Streamer Sepanyol pecah rekod di Twitch, lebih 2 juta penonton serentak