Acara Free Fire bagi September 2021, sempena ulangtahun keempat, dijangka bakal kolaborasi bersama McLaren lagi

Kandungan Free Fire antara yang paling aktif dengan pelbagai jenis acara dan kolaborasi istimewa. Menjelang September ini, Free Fire menjanjikan acara besar permainan mereka seperti, 4NNIVERSARY dan kolaborasi kali kedua bersama McLaren.

Sumber: GamingonPhone

Bagi acara bersama McLaren, ia akan dikenali sebagai McLaren Project Dive oleh para pembangun, selepas satu kenderaan baru diperkenalkan di dalam permainan, dan pemain berpeluang untuk mendapatkan skin yang diinspirasikan daripada kenderaan jenis sports McLaren itu.

Acara ini dijangka akan berlangsung bermula 1 hingga 10 September. 

Sumber: Garena Free Fire

Bagi acara ulangtahun Free Fire yang keempat, selepas memberi pemain pelbagai hadiah menarik dan barangan kandungan percuma, kali ini mereka akan memberikan karakter baru Thiva, dan kulit senjata secara percuma. 

Karakter Thiva adalah hasil kolaborasi Like Mike bersama Garena, yang boleh didapatkan secara percuma pada 28 Ogos, melalui ‘login event’. Kelebihan Thiva ialah kepantasan memulihkan dipertingkatkan sebanyak 5% – 20% dan memperoleh 15-40HP selepas memulihkan.

Sumber: Garena Free Fire

Selain itu, terdapat juga senjata baru diperkenalkan seperti AC80. Melalui acara ini, pemain akan mendapat dua skin senjata percuma untuk AC80 dan crossbow, yang tersedia sebagai crates di dalam kedai yang yang boleh dibeli menggunakan Gold. Gold itu boleh diperoleh selepas bermain 1-2 permainan. 

Bagi acara ini ia akan berlangsung bermula 18 Ogos hingga 9 September.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+