Ketagihan PUBG Mobile, budak 16 tahun dari India belanja RM56 ribu, lari dari rumah

Seorang budak lelaki dari Mumbai baru-baru ini terlalu ketagih dengan PUBG Mobile selama sebulan dan mengeluarkan 10 lalk rupees bersamaan RM56 ribu ringgit dari akaun bank ibu bapanya.

Budak lelaki ini memberitahu ibu bapanya duit ini bakal digunakan untuk topup PUBGM tetapi ibubapanya tidak menyangka anaknya akan mengeluarkan RM56 ribu.

Selepas masalah berlaku akibat tindakannya, dia bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap apabila ibu bapanya membuat laporan polis.

Dia dijumpai di kawasan Mahakali Caves. Kedua ibu bapa termasuk dirinya kemudian dikenakan kaunseling dari polis sendiri.

Ini bukan pertama kali kes seperti ini berlaku, bulan Julai lepas terdapat seorang remaja yang bunuh diri selepas ditanya oleh ibunya.

Harap-harap kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia.

Sumber rujukan dan foto: GamingOnPhone

RELATED NEWS

+